Tuesday, 19 February 2013

..Aktiviti Terakhir Bersama Kak Kesum..


Sedih..sedih.officemate aku bakal berkuranglah esok sorang..Waaaa..Staff yg telah lama berkhidmat utk company nie bakal meninggalkan kami semua kerana urusan peribadinya..Ape2 pon selama aku bekerja dgn die memang byk kenangan manis pahit yg kitorg lalui..Sedeylah akak xde nanti..Tp nk buat cmne kan..Perintah suami mestilah kene ikutkan...

nilah orgnye..Kak Kesuma
Jgnlah sedih kak..kami lg sedih

Waaaa..Lepas ni rindulah kami semua kat ofis nk dengar akk gelak lagi...Tp xpe kami tetap syg akk.Nt jgn lupekan kami k..Rajin2lah dtg jenguk kami kat ofis..Tupon sementara opis ni still lg dekat ngn apartment kan..Nt dh pindah lg pyh nak jumpe...

So, Sehari sebelum kak Kesuma ni blah(hehehe), aktiviti terakhir yg kitorg buat adalah memancing ikan2 yg ade kat luar opis aku ni utk dibuat lauk majlis"farewell" kak kesuma hr ni..So, bermulalah episod kejar mengejar, jerit menjerit antara kitorg sume..hahha..Memang happening sgt2..Kak Mas yg nk balik tak terjadi nak balik seronok tgk kitorg.Last die pon join jgk..

Kite Makan Dulu Sebelum Memulakan Keje

Apelah yg Ditensionkan Tue

Operasi Bermula..Open The Door Please

Sebelum tue Ikan pun nk mkn juge

 *****************************************************************************
Operasi Bermula..Serangggggggg!!!!


 Masing2 Mencube utk menangkap hasilnye x berapa memuaskanlah
*********************************************************

Akhirnye org yg diraikan mengambil langkah drastik dengan memberanikan diri meredah lautan hijau tersebut..Huhu..Barulah best aktiviti menangkap...Puas hati tgk ikan2 yg bergelimpangan di dasar lautan & jgk yg telah selamat disemadikan di jalanan...Hurm...kesian2..

Sgt bersemangat akak kite sorg nih

Ape yg menatang ni menyebok kat sini

Baik Aku Blah..Budak2 nie dh Konker sume ikan..

Kak Mas pun seronok join

Sampai lupe nk amik anak kat sekolh.hahha

Kesian Si Mangsa

Operasi diteruskan walaupon dh kurg sorng

"Ha..hok tu besar che Som"kate k.Sue

Runsing dh K.Kesum kite tp masih nk menangkap

Kutip kak.jgn x kutip

Adik kite sorg ni nk cube pegang ikan tp takut
 
Control sket kaki tue dik

Ha..kan comel

Usaha diteruskan oleh akk kite yg ber-2 nie

Sampai terbalik pasu dibuatnye

Sauk jgn x sauk kak

Dh cukup tangkapan kite hr ni

Kite posing dulu sebelum balik

Bertempiaran lari ikan2 nie sume

Berejam tunggu adik kite sorg ni nk mengutip sekor ikan tue

Tuelah ape yg kitorg buat semlm..Bukan ape just for our fun..Pasni xtau lg bile nk dpt bt cmni lg..Akk Kesuma sorg tulah yg selalu nk memulakan keje2 gile ni..hehe..tp memg best..Ikan2 tue sume bakal dibuat lauk utk kitorg mkn ramai2...Tukang Masak die akk kite yg nk berenti tuelah jadi mangsa..Ganti "open Table" katenye.Nak tau ape jd ngn ikan2 tue sume stay tune for the next episode.Bye:-)



Galaxy Note VS S III


Beberapa minggu lepas, dari tadi petang sampai ke malam, aku serve barang baik punyer. Nak tahu?Ala, bukan barang ape pun, korang pun selalu guna, comfirm guna la. Straight to the point la ea, serve handphone jer, bukan public phone okey. Tapi, yang aku serve nie handphone keluaran terbaru Samseng, eh... bukan2, Samsung la. Aku serve Samsung Galaxy SIII & Galaxy Note.. berghh... abis rabak harga. Harga S3 2199 & Note 1950.


Samsung Galaxy S III


Samsung Galaxy Note

Sampai satu kedai Samsung tue, berlambak handphone di atas meja, ramai juga masa tue, semua godeh-mengodeh la handphone yang ada. boleh di katakan semua handphone keluaran terbaru Samsung ade. Aku pun tanya seorang leng chai(promoter), better S3 or Note. Die kata tengok nk guna untuk apa la? Kalau untuk kerja ker better Note.

Perbezaan antara Note dengan S3. Note ni lebih kepada kerja sebagai contoh word, point, excel, wifi, utube dan lain-lain. Lagi pun skrin die lebih besar...Note ade limited edition. colour pink, cute la... kalau gegurl guna memang cun la. Cantik menarik kebabommm..


Note Limited Edition

Tapi, kalau S3 pulak kelebihan die kepada kecanggihan. Contohnya, Sistem Smart Stay. Dengan fungsi Smart Stay, skrin telefon pintar S3 ini akan kekal dalam keadaan cerah selagi mata korang memandang ke arah skrin secara tepat. Satu ciri yang sangat pintar, seolah-olah S3 ini ‘hidup’ dan ‘berakal’.


Macam air setitis air jatuh kalau sentuh

Lagi 1, tentang Direct Call, pengguna S3 hanya perlu merapatkan telefon ke telinga semasa paparan SMS pengirim dibuka dan ia akan buat panggilan kepada pengirim tersebut secara automatik.

Apa-apa pun setelah serve punyer serve aku masih tak tau nak pilih model yang mana. Dalam firasat aku macam nak model yang ini. Nak tau yang mana 1 pilihan hati? Kalau korang ade cadangan ker boleh la share dekat aku dengan comment kat bawah.
Yang penting Samsung Galaxy Note & S III masing2 ade kelebihan..Tp sekarang ni nk kene tgk jgk keaslian phone tue kan coz skang ni byk citer psl phone palsu2 nie.kang x psl2 rugi beli phone tipu harge beribu2 kan..tgk link ni blogger ni cite cmne nk check psl S III tipu>>>>>http://android-dan-saya.blogspot.com/2012/10/analisis-mengenalpasti-samsung-galaxy.html

Saturday, 16 February 2013

ASB LOAN CARA SAYA


Kali ni aku nak "extra sedikit lebih pasal "ASB Loan" ni. Setakat yg aku tahu sajer..Kalau berminat korang bolehlah inform kat aku yer.Untuk mereka2 yg berada di Selangor & KL jer. Bagi yg duduk jauh tue info ni bolehlah di jadikan sebagai rujukan korang kalau korang berminat nak join...

Hebat sangatkah "ASB Loan" nie?? Bagi aku yang x berduit ni dah tentulah hebat.Boleh jugak mendisiplinkan aku yg x pandai menabung ni.Walaupun aku tau berlawanan dengan prinsip "Financial Freedom" iaitu Berhutang untuk Menabung, aku tetap pilih jalan ni.Kenapa??? Sebab ianya dapat MENGGANDAKAN wang kita dalam tempoh masa panjang. Kite tengok keadaan2 di bawah.Baru kite tau kenapa..

ASB LOAN

Aku mulakan dengan perihal Pinjaman ASB ni dulu...aku amik contoh amoun RM 30,000.

Jumlah Pinjaman = RM 30,000
Kadar Pembiayaan Asas(KPA) =6.60%(-1.65%)
Ansuran Bulanan = RM175.00 selama 25 tahun (max)
Jumlah Keseluruhan Dibayar pada Bank = RM 52,500
Keuntungan yg Bank Dapat = RM 22,500

Banyakkan keuntungan bank dapat iaitu RM 22,500.00. Kalau jumlah tu dimasukkan ke dalam poket kite lg bagus kan??Bukan begitu ke??

Tunggu Dulu..tgk ini pulak.Aku nak tunjukkan beza jika kite buat simpanan sendiri di tabungan dan jugak simpanan sendiri di ASB(bukan ASB Loan)

SIMPANAN BIASA(tabungan & Akaun ASB)

Kite amik jumlah yg sama, RM175 sebulan, menggunakan kaedah tabungan biasa:-

Simpanan Bulanan = RM 175
Jumlah Simpanan  25 tahun(tanpa dividen) = RM 175x12 bulanx25 tahun = RM52,500

jika simpan di akaun bank pon dividen yg bank bg just 3% @ below je +- pon x sampai RM 100,000 kite dpt..itupon kalau kite simpan tiap2 bulan.kalau miss sebulan x ke lg sikit kite dpt???

Dan sekiranya pelaburan adalah ke dalam akaun ASB

Jumlah Pendapatan (+-10% dividen) selama 25 tahun tanpa mengeluarkan pendapatan = RM 68,250.00
Jumlah Tabungan selepas 25 tahun dalam ASB = RM 120,750.00

Beza kan??sekarang, aku nk tunjuk pulak dengan menggunakan ASB Loan.Kalau gune ASB Loan plak ade dua option yg korang boleh pilih sama ada nk rolling dividen atau gune duit sdr.tgk contoh yg aku bagi ni:-

ASB LOAN(Duit Sdr)

Tabungan dalam ASB = RM 30,000
Ansuran Bulanan = RM 175 selama 25 tahun
Anggaran Dividen Tahunan ASB (+-10%) =RM 3,000 setahun
Jumlah Pendapatan + Jumlah Pinjaman selepas 25 tahun (sekiranya pendapatan tidak dikeluarkan) = RM 295,491.98*

* pengiraan terperinci menggunakan excel. x dpt nk tunjuk kat sini.Sorry

Keuntungan Pelabur = RM 295,491.98- RM 52,500 = RM 242,991.98
Pendapatan = RM 242,991.98- RM 30,000 = RM 212,991.98

Dalam masa 25 tahun kite telah berjaya menyimpan sebanyak RM 30,000 dan mendapat banus tambahan sebanyak RM 212,991.98 jadi jumlah terkumpul yg kite dapat RM 242, 991.98. BANYAKKAN????

ASB LOAN(Rolling Dividen)

Sekiranya aku tak nak memilih utk memaksimumkan pendapatan seperti cara pengiraan kat atas td(duit sdr), aku boleh just menggunakan modal minimum shj.mcm pengiraan kat bawah:-

Jumlah Pinjaman = RM 30,000
Ansuran Bulanan = RM 175 selama 25 tahun
Anggaran Dividen Tahunan ASB (+-10%) =RM 3,000 setahun
Jumlah perlu dibayar setahun = RM 2,100

kalau aku pilih menggunakan pendapatan tahunan aku utk bayar balik pinjaman ASB, aku hanya perlu keluarkan RM 2,100 utk tahun pertama.Pada tahun kedua aku akan gunakan hasil dividen utk bayar balik pinjaman. dan begitulah pada tahun berikutnya..

Baki dividen sebanyak Rm 900 aku kekalkan dalam akaun ASB aku.
dan sekiranya berjaya:-

selepas 25 tahun aku akan dapat kumpulkan = RM 109,647.59. sudah cukup lumayan kan??

KESIMPULANNYA

Semua cara adalah betul dan tidak salah, sama ada korang nak simpan secara berdisiplin tanpa membuat pinjaman, atau ingin membuat secara pinjaman ASB. Tepuk dada, tanyalah hati, buatlah keputusan yg bijak dan tepat demi masa depan kite jgk.ok..pk2kan jika anda berminat hubungi aku yer...:-)


Friday, 15 February 2013

ASB LOAN=BERBALOI BALOI



Kali ni aku nak cerita sedikit lebih pasal "ASB Loan" ni. Setakat yg aku tahu sajer..Kalau berminat korang bolehlah inform kat aku yer.Untuk mereka2 yg berada di Selangor & KL jer. Bagi yg duduk jauh tue info ni bolehlah di jadikan sebagai rujukan korang kalau korang berminat nak join...

ASB vs Simpanan Sendiri

ASB adalah pelaburan yg selamat dari segi dividen, daripada korang simpan di akaun biasa, yg hanya diberi dividen 3% @ lg rendah@ simpan sikit2 kat ASB@ AKU LOANKAN KEPADA KORANG NILAI YG TINGGI UTK DIMASUKKAN KE DALAM AKAUN ASB KORANG.

Contoh Pengiraan Dividen Antara ASB Loan & Simpanan Biasa di ASB

                                                      Yang kat atas utk Loan 50K.Bawah 100K
Banyak bezakan? Itu aku amik contoh utk dividen yg minimum dlm +- 7.5%.Tp biasanya Dividen yg ASB bagi 8% ke atas.jadi kalau korang buat loan:

RM 10,000, ASB bagi RM850 div/SETAHUN
RM 100,000, ASB bagi RM8,500 div/SETAHUN
RM 200,000 ASB bagi RM17,000 div/SETAHUN (div adalah 7.5%/sthn )at least.

Kalau rasa beban nak bayar loan setiap bulan,bayar setahun sahaja pun dah mencukupi dan tahun seterusnya dividen yg bayarkn..kalau nak lebih untung, korbankan sikit duit bayar jer terus tanpa usik dividen. Coz y?? anda akan  dapat lagi dividen atas dividen yg x disentuh tue.lagi menarik kan?
Kerajaan buka asb ni sebb nak tolong org melayu,n untuk orang berpendapatan rendah.So,ape tunggu lg,ini peluang anda.Bayar setahun n tunggu je dividen msk...

Bermulalah dari sekarang.Mungkin bukan utk kite tp utk anak2 kite & masa depan kite sdr jgk kn.X perlu lg nk berhutang PTPTN ke ape ke.Berminat? Tinggalkan msg korg kat sini.aku akan hubungi korang.




Segmen Pencarian BloggerStarz

Hai Bloggers.Login blog hari ni tibe2 plak ade followers baru..maklumlah blog aku kurang sambutan.Tapi thanks to shakir coz follow me..hehhe..tibe2 jadi minat plak bengan entry yg dibuat.saje2 jgk nak join walaupun x berapa nak pandai ikut cara tue.asal boleh tambah kenalan pun ok even x dpt jadi retis kan..hahha

klik gambar utk cara nak masuk

 Pengalaman Paling Best!!

ok pengalaman paling best yg aku boleh cite kat sini bile aku pandai dah nk buat blog camne.Huhu..sebelum ni aku tak tau langsung camne nak buat Blog.rase mcm ketinggalan zaman pon ade jgk. Tgk kawan2 seronok jer berblogging aku pon jadi minat sesangat nak buat Blog jgk. Alhamdulillah atas usaha sendiri aku jgk mencari,mensurfing.mengoggle cara2 nak buat blog akhirnye terhasil jgk..:-) dan inilah Blog aku yang aku sentiasa update walaupon kekdang jer.

Pengalaman Paling  X Best!!

Bagi aku yg masih baru dalam dunia Blog nie rasenye xde lagi pengalaman Hampeh yang aku hadapi.Sket2 tue adelah kan.Macam aku rse susah sgt nak promote Blog aku kat org len supaya org bleh follow Blog aku walaupun Blog aku xlah berapa menarik kan utk dibaca sebagaimana blog2 yg famous2 yg aku pernah tgk..tp xpelah asalkan aku hepi dengan Blog aku.


oklah.tue jer dapat aku buat utk join entry Syakir Rahman nie.Thank to him sebab buat etry ni.at least maybe aku boleh dapat ramai kenalan & followers pasni.Tq2.Last but not least "saya nak masuk bloglist Geng Bersosial"

Thursday, 7 February 2013

Pencuri!!!Perompak!!!


Terkejut sekejap bile masuk ofis baru baru ni, seminggu sebelum nak Raya Cina ade kes kecurian berlaku kat dalam ofis aku..habis semua barang2, laci2 dalam ofis diselongkar oleh si Pencuri..nasib baik jugak x hilang segala barang2 dlm ofis ni..Yang diambil just Cash Money yg tersimpan kat dlm ofis nie..walaupun x banyak tp dh cukup membuatkan officemate aku cuak jugak kalau die kene tanggung..


Tapi yg sangat memusykilkan tue bile si Pencuri terlalu pandai membuka locker2 yg terkunci rapat..Giler lah..kuat sungguh tue.habis sume laci2 terbukak...Yang "PALING" aku x suke bile barang kesayangan aku yg tersimpan dlm tue jugak kene curi...Waaaawaaaa...mahal tue aku beli...Bodoh punye pencuri..Kalau aku dapat aku penyek2 muke kau..

Sepanjang penyiasatan dilakukan oleh Pak Polisi yg dtg ke ofis aku tue, org pertama yg disoal adalah Pak Guard.Sian aku tengok die.Dahla baru lagi masuk keje kat Company nie.Gagap jugak die nak menjawab..Maklumlah bukan org Malaysia.Lagilah kan..Tp xdelah sampai nak menuduh die yg buat.Juat sesi soal menyoal jelah kan..


Tp aku harap sangt x jd lg kes2 mcm ni.Mau plak diangkutnye sume barang2 dlm ofis ni plak pasni...EEEE mintak simpanglah..

Friday, 1 February 2013

-Ayat-Ayat Cinta-


Apa pendapat mereka-mereka yang dah kawin? Betul ke tak ayat-ayat cinta nie?


Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
More than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2…hahaha


Baca lagi untuk ayat-ayat cinta terbaik ~~~

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
16 tahun : …………………. (tak balas terus!!!) hehehe….

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
More Than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut….

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..
More Than 10 Years : Dah tua2 pun nak beli hadiah ker? Mcm budak2 jer..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak..Rasa pun sedappp…!! !
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
10 Than 10 Years : Today balik lambat, I makan kat luar ngan kengkawan…

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!
 
Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK ..
More Than 10 Years : X der keje lain ker, asyik tengok tv jer…

Amacam??Betul x...Hehhee..